ARENITA AMIN
Follow Dashboard
♕Selamat menyambut bulan Ramadhan♕
Tuesday, 9 July 2013 | 0Superstar (s)!


Assalamualaikum//




Apa yang terjadi pada hari semalam, Tak kan mungkin berlaku hari ini.
Sejarah pada hari ini, Tak akan terukir pada hari esok.



Hye, im here.. fuhhhh tiup sikit, dah berhabuk blog ku ni.. Alhamdulillah seawal pukul 5.30 a.m aku bagun solat subuh then tidur balik //perawan taik//.. Belum boleh kahwin lagi kan? okey sedar ndak sedar sekrang kita dah masuk bulan Ramadhan.. Rite? Alhamdulillah kita masih di beri kesempatan untuk bernafas oleh Yang Maha Kuasa. Keyh rasa sedih ada happy pun ada kan? itu maybe bagi aku la kan yang rasa. Sebab kenapa? Satu, ini ramadhan yang ketiga aku jauh dari keluarga semua tu kan. Ndak dapat bersahur dan berbuka sesama keluarga lebih2 lagi parents. Dua, tadi otp dengan mak. Then mak pesan :

Mak: May buat apa? Dah beli barang untuk puasa ka?
Me: Baru balik ni mak dari supermarket beli barang dapur.. Barang semua dah beli dah.
Mak: Nanti esok puasa, jangan sahur maggie ya nak.. Lagi satu, minum air putih banyak2 ya nak.. Supaya nanti puasa ndak cepat penat. Dan, jangan kuat bejalan.. Habis kelas terus balik rumah ya nak..
Me: Eya mak #MengalirAirMata

Rasa terharu sangat bila mak pesan macam gitu. But its okay, itu semua dugaan bila kita jejauh dengan mak bapak ni. Normal lattew student kan. Bak kata pepatah 'Besusah-susah dahulu, Bersenang-senang kemudian' kan. Because time time macam ni lah kita diajar supaya berdikari. Bila lagi kan mau berdikari sendiri. Tak kan mau di suap terus,..




Tapi, //ada tapinya ya readers// aku rasa happy  jugak sebab aku ada ramai kawan di sini. Yala, diorang pun sedih jugak tu macam aku sebab jauh dari keluarga.. Samalah macam aku. Nasib baik lah aku dikurniakan kawan yang baik baik belaka.. Sebab kami selalu together-gether.. Hahaha.. Kekadang best jugak kan besahur ramai ramai, bebuka ramai ramai.. Best giler.. Banyak pengalaman time kami sesama dari sem 1 sampailah sem 5 ni. Nasiblah jugak kami passed semua.. Alhamdulillah...


Ok, hari ni aku mau share dengan you ols tentang kelebihan di bulan Ramadhan yang mulia ini.. Seperti mana Rasulullah pernah bersabda:

Diberi kepadaku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya:

bau mulut orang berpuasa lebih harum berbanding kasturi disisi Allah
segala perbelanjaan dan derita lapar semasa puasanya adalah syurga balasannya
diampunkan dosa-dosa mereka pada malam LailatulQadar
amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagi ku, aku balas kepadanya yang berkuasa menahan shahwatnya, makan minumnya kerana aku
dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokan ketika berbuka dan ketika menemui Tuhan di Akhirat. (Al-Hadith)

Sabda Nabi ( S.A.W ) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal ramadhan hingga akhir malam ramadhan. Tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya setiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya didalam syurga yaqut merah indah, baginya 70 pintu emas yang bertahta yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal ramadhan diampunkan segala dosanya hingga akhir bulan ramadhan, dibinakan baginya tiap-tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunyai 1000 pintu daripada emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari. (Al-Hadith)

Haaa !! punya banyak kelebihan kan dalan bulan ramadhan ni. So sama-samalah kita mengerjakan ibadat puasa ni dengan ikhlas untuk mengejar rahmat dari Allah swt dan supaya kita sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan dari Yang Maha Esa. Amin Ya Rabbal.. K babai.. SELAMAT BERPUASA TO ALL MUSLIM PEOPLE. :D.





Older Post | Newer Post
♕Author♕


Anita Binti Mohamad Amin
May 1991
Dua Empat
Malaysia
Istri Hencik Maszaidi

Daisypath Wedding tickers

Follow Dashboard

Instagram Twitter



♕Lepaking♕


♕Twitter♕


♕Let's Talk♕


♕Lover♕


♕Blog Archive♕

♕Lafazkan Kalimah Cintamu♕
♕SELAMAT HARI LAHIR ANITA♕
♕SATUKANLAH KAMI♕
♕EXAM♕
♕MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA♕
♕AKU TETAP AKU♕
♕MUKA BARU♕
♕BERSATULAH♕
♕MOVE ON♕
♕KEIKHLASAN♕


♕The Credits♕

Basecode by : Nadya and Qistina
Re.Design : Miss_Hana
Own this blog : Arenita

Best View at GOOGLE CHROME!